Kek Coklat Lembap

Ramuan / Bahan

250 gram buttercup
1½ cawan gula pasir
5 biji telor ayam
2 cawan tepung gandum(diayak)
1½ cawan serbok koko Van Houten (diayak)
¼ sudu kecil soda bicarbonat
¼ sudu kecil baking powder
1 gelas susu segar
1 cawan susu pekat manis


*Tepung gandum, serbuk koko, soda bicarbonat dan baking powder diayak sekali dan digaul rata.

Cara-cara

1.Pukul buttercup dengan gula.
2.Setelah agak kembang masukkan telur sebiji demi sebiji.
3.Setelah sebati, masukkan bahan-bahan yang diayak tadi (tepung gandum, serbok koko, soda bicarbonat & baking powder).
4.Setelah rata, masukkan susu pekat diikuti dengan susu segar.
5.Kacau hingga rata, jangan terlalu lama.
6.Masukkan ke dalam tin pembakar yang telah dialas dengan kertas trace.
7.Bakar hingga masak tetapi jangan terlalu kering.