Epok-epok

Ramuan / Bahan

Minyak banyak untuk menggoreng:

Bahan Pestri:
2 cawan tepung (diayak)
¼ cawan garam (diayak)
155 gm mentega
4-5 camca air berais

Bahan Untuk Sos:
4 Batang lada merah (digiling )
1 ulas bawang putih (digiling)
3 camca gula pasir
2 camca cuka
½ camca garam Bahan Untuk Inti:
2 ulas bawang putih (dititik)
3 ulas bawang merah (dihiris tipis)
90 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya & diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1 biji kecil sengkuang (dikupas kulitnya & dipotong dadu)
2 tangkai daun kucai (dicincang halus)
30 gm taugeh (dibuang ekornya)

Cara-cara

Untuk membuat pestri:
Potong-potongkan lemak dalam tepung yang telah diayak.Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti,kemudian renjiskan sedikit air keatasnya. Gaulkan dengan cepat supaya menjadi do yang lembut: Masukkan dalam peti sejuk dengan bertutup & keluarkan bila dikehendaki.

Untuk memasak inti:


Pijarkan 2 cawan minyak. Gorengkan bawang merah & bawang putih hingga garing, kemudiana masukkan udang & goreng hingga hampir masak. masukkan sengkuang.Apabila telah empuk,masukkan bahan selebihnya & masak selama 1 minit. Angkat dari apai & sejukkan. Torak doh diatas papan canai yang bersapu dengan sedikit tepung,hingga setebal 3 mm. Terap bulat-bulat sebesar 8 cm garis pusat,Bahagikan inti & bahagikan dan letakkan ditengahnya. Lipat & klimkan. Pijarkan minyak yang banyak untuk menggoreng.Goreng epok-epok itu hingga kuning & garing. Angkat,toskan betul-betul & hidangkan dengan sos tadi.