KEK COKLAT LEMBAP

Ramuan / Bahan

2 cawan gula-dikisar halus dan diayak
1 cawan tepung gandum-diayak
1 cawan tepung naik sendiri-diayak
1 cawan serbuk koko-diayak bersama salah satu tepung
½ cawan serbuk milo
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat manis atau krimer
1 ¼ cawan minyak masak bersih
I cawan air panas mendidih
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk baking powder
2 biji telur saiz sedang

Cara-cara

1.Pukul telur dan gula dalam mangkuk besar hingga kembang.
2.Setelah kembang, masukkan pula tepung-tepung,serbuk koko,serbuk milo,susu cair,minyak masak dan air panas.Kacau sebati dalam satu arah menggunakan senduk yang sesuai.
3.Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang berlengser mentega dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
4.Siap dan boleh dihidangkan.