Kek Coklat Lembap

Ramuan / Bahan

1 ½ cawan mentega
2 cawan gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar madu 3 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
¾ cawan serbuk koko
Secubit garam
1 ½ cawan air

Cara-cara

1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang bersama-sama dengan esen vanila dan madu.

3. Masukkan tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan garam yang telah diayak ke dalam adunan.

4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati.

5. Tuang adunan ke dalam acuan kek yang telah dilenser dengan mentega dan ditabur sedikit tepung di atasnya.

6. Bakar adunan kek dalam tempoh 30-45 minit sehingga adunan masak.