Kek Coklat Kukus

Ramuan / Bahan

250 Gm Mentega
250 Gm Gula Pasir
250 Gm Tepung Naik Sendiri
4 Biji Telur
250 Gm Air Sejuk (Dari Peti Sejuk)
1 Sudu Kecil Bikarbonat Soda
70 Gm Serbuk Koko




Topping
½ Tin Susu Pekat Manis
½ Cawan Serbuk Koko
(Masak Secara Double Boiler Hingga Pekat)

Cara-cara

Pukul gula dan mentega hingga kembang.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan tepung, bikarbonat soda, serbuk koko dan air. Kacau hingga sebati.
Kukus selama 45 minit.
Tunggu hingga sejuk sebelum diletakkan topping.