Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kek Coklat KC

Ramuan / Bahan

1 buku mentega
1 ½ cawan gula halus
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Diayak bersama:
1 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder Topping:
1 keping coklat masakan
1 sudu mentega
½ cawan susu pekat

Cara-cara

Untuk kek:
1. Asingkan putih telur dan kuning telur kepada dua bekas.
2. Pukul kedua-duanya sehingga kembang.
3. Pukul mentega dan gula sampai kembang (putih).
4. Masukkan telur kuning dan telur putih yang telah dipukul tadi ke dalam adunan mentega.Pukul perlahan sehingga sebati.
5. Masukkan esen vanila dan pukul lagi sampai rata.
6. Dengan menggunakan senduk, masukkan tepung yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit.Kacau pada arah yang sama dengan perlahan dan sebati.
7. Curahkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 c selama 45 minit.

Untuk Topping:
1. Racikkan coklat dalam bentuk kiub.
2. Masakkan coklat,mentega dan susu secara double boiler.
3. Apabila coklat cair, angkat dari api dan kacau sehingga sebati.