Kek Coklat Kacang Hazel

Ramuan / Bahan

350 gm mentega
290 gm gula halus
330 gm tepung naik sendiri
½ sudu kecil serbuk penaik
80 gm kacang hazel cincang 6 biji kuning telur (besar)
5 biji putih telur (besar)
1 sudu kecil minyak mentega
1 sudu besar coklat emulco
Coklat butang (chocolate button)

Cara-cara

Satukan putih telur, gula pukul hingga kembang dan pekat. Dalam bekas lain, satukan minyak mentega, serbuk penaik, coklat emulco dan mentega, pukul hingga rata. Campurkan dengan kuning telur lalu dipukul hingga kembang. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri, gaul rata. Campurkan ke dalam adunan putih telur serta gaul rata. Masukkan kacang hazel dan gaul lagi. Isikan adunan dalam mangkuk kertas. Hias coklat butang. Bakar hingga masak selama 35 - 40 minit dalam ketuhar yang panasnya antara 150-170'C.