Kek Coklat Istimewa KissT

Ramuan / Bahan

250 gm/1 ketul Buttercup
2 cawan gula (putih)
2 cawan tepung gandum
2 cawan koko
(tepung dan koko digaul dan diayak bersama)
5 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
1 camca teh soda bikarbonat (diayak terlebih dahulu)
1 cawan air (yang telah disejukkan) Topping:
1 bar coklat masakan
½ tin susu pekat
2 sudu majerin

Cara-cara

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang
2. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan putih telur
3. Masukkan esen vanila dan air yang telah disejukkan
4. Masukkan tepung,koko dan soda bikarbonat yang telah diayak
5. Setelah adunan sebati masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit majerin supaya tidak melekat
6. Kemudian bakar selama 40 minit didalam kepanasan 180 darjah F

Topping

- Panaskan dengan kaedah double boiler