Kek Coklat Epal Pecan

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung naik sendiri
½ cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur (dipukul) ½ cawan minyak masak
2 biji epal (buang kulit dan parut)
1/3 cawan kacang pecan

Cara-cara

Sapu acuan kek empat segi dengan mentega. Panaskan ketuhar pada 180C. Masukkan tepung, gula dan koko ke dalam acuan. Kacau rata. Masukkan telur dan minyak. Pukul adunan hingga sebati. Campurkan epal parut dan kacang pecan. Pukul lagi. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. Ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.