Kek Coklat Emulco

Ramuan / Bahan

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco

(masak atas api hingga didih) Bahan B
1 ketul buttercup
1 cawan gula halus
6 biji telur (asingkan kuning dan putih)
3 cawan tepung naik sendiri
esen vanilla

Cara-cara

pukul mentega dan gula halus hingga kembang. kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. pukul hingga sebati. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. lepas tu, masukkan bahan A dan pukul hingga betul2 sebati. setelah sebati, masukkan putih telur dan pukul lagi. setelah siap, bakar dlm oven selama sejam.