Kek Coklat

Ramuan / Bahan

250gm Buttercup
1 cawan gula aising
1 cawan tepung kek
½ cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
5 biji telur (asingkan putih & kuning telur)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air suam

* semua tepung & koko digaul sebati Untuk Hiasan

Coklat masak
Coklat rice

Cara-cara

1. Pukul telur putih hingga kembang & asingkan
2. Pukul mentega & gula aising hingga kembang
3. Masukkan putih telur & kuning telur 1 persatu & pukul lagi
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung & koko dan pukul sehingga sebati
6. Masukkan air suam
7. Tuangkan dalam loyang yang telah disapukan mentega
8. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 45 minit
9. Apabila telah masak, sejukkan & bolehlah dihias dengan coklat masak & coklat rice.