Donut

Ramuan / Bahan

1 kg Tepung Gandum
1 tin Susu Cair (Ideal)
1 paket Yis Mauripan 1 ketul Buttercup
1 sudu kecil garam
½ tin air

* Campurkan Yis Mauripan bersama 3 sudu besar air suam dan 1 sudu teh gula. Biarkan selama 5 minit atau sehingga berbuih.

Cara-cara

Campurkan semua adunan kedalam bekas uli. Uli sehingga menjadi doh dan lembut dan dibiarkan selama 1 jam. Uli dan canai doh tadi kemudian diterap dengan acuan doh. Biarkan selama 10 minit dan donut tadi naik 2x ganda. Kemudian bolehlah digoreng.