Kek Buah Roselle

Ramuan / Bahan

170 gm mentega
170 gm gula kastor
5 biji telur gred B
130 gm jem roselle
150 gm tepung gandum ½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil esen vanila
70 gm campuran kundur, ceri merah dan halwa kulit oren
55 gm roselle

Cara-cara

Pukul gula dan mentega hingga gebu. Asingkan kuning telur dan putihnya. Campurkan sebiji demi sebiji kuning telur dalam adunan mentega sambil dipukul. Masukkan pula jem roselle. Ayak tepung dan serbuk penaik. Asingkan dua sudu besar dan gaul dengan buah-buahan. Pukul putih telur hingga kembang(jangan sampai kaku). Masukkan ke dalam adunan mentega berselang seli dengan putih telur sambil digaul rata. Sediakan acuan 18 cm yang beralas kertas dan bersapu mentega, tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 180'C.