Kek Buah Nenas Berwalnut

Ramuan / Bahan

125 g mentega
125 g marjerin
110 g gula perang
110 g gula kastor
4 biji telur
300 g tepung berserbuk penaik
30 g bran/emping
1 camca teh rempah kek
1 camca teh esen vanila
60 ml perahan oren
60 ml perahan nanas
250 g ceri merah/hijau, dicincang halus
250 g kismis hitam dan keemasan 250 g hirisan kulit limau bergula
250 g aprikot, dihiris nipis
100 g walnut, digoreng dan dicincang halus
200 g nenas dadu bersirap, dicincang halus
5 keping nenas bulat (tambah kepingan nenas untuk acuan besar), untuk hiasan
4 camca besar gula perang
5 biji ceri merah

Cara-cara

Putar mentega bersama marjerin, gula perang dan gula kastor hingga ia kembang. Masukkan telur, putar ia sebentar. Kemudian masukkan tepung berserbuk penaik, bran/emping, rempah kek dan esen vanila, putar ia sebentar. Masukkan bahan-bahan lain, kacau sebentar hingga ia sebati. Lengser tin bakar pilihan dengan sedikit mentega, baru ditabur gula perang, atur nenas dan ceri pada dasar tin. Ratakan bancuhan di dalam tin bakar. Bakar ia pada suhu 170'C, 1 1/2 jam. Apabila ia masak, tutup tin dengan kertas aluminium. Biar ia sejuk, baru dikeluarkan.