Kek Buah Kurma

Ramuan / Bahan

275 gm tepung gandum
225 gm gula halus
225 gm marjerin atau butter lembut
4 biji telur ½ sudu kecil esen vanilla
400 gm buah kurma (dihiris)
Sultana dan cherry (dihiris)
Buah badam dan buah kurma (dibuang biji)

Cara-cara

Campurkan marjerin, gula, telur dan tepung gandum ke dalam satu mangkuk. Gaulkan hingga sebati. Kemudian pukul adunan dengan kelajuan yang sederhana.

Setelah itu masukkan buah-buahan ke dalan adunan dan gaulkan hingga sebati. Masukkan pula esen vanilla.

Adunan yang telah sebati dimasukkan ke dalam bekas acuan dan bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 1 1/2 jam.

Apabila masak, keluarkan kek dan hiaskan dengan buah badam dan kuah kurma.