Kek Buah Coklat

Ramuan / Bahan

500 g mentega
300 g gula perang
350 g tepung gandum
2 camca besar serbuk penaik] diayak
½ camca teh rempah kek ] bersama
½ camca teh garam halus ] 1 camca besar jus oren
200 g badam cincang
4 kotak campuran buah-buahan (1500 g)
250 g coklat buku (dicairkan)
10 biji telur

Cara-cara

Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan telur dan dipukul sedikit. Seterusnya diikuti dengan tepung, jus oren, badam dan buah-buahan campuran. Gaulkan adunan sehingga rata. Tuangkan coklat cair yang telah disejukkan terlebih dahulu dan kacau lagi hingga sebati. Lenserkan dua tin pembakar (tin loaf) dengan marjerin cair dan tuangkan adunan kek. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 150C atau menggunakan gas nombor 2 selama 1 jam, kurangkan suhu kepada 135C atau menggunakan gas nombor 1 selama setengah jam lagi.