Kek Buah Ceri

Ramuan / Bahan

250 gm tepung gandum
250 gm gula halus
250 gm margerin
4 biji telur (asingkan merah dan putih) 2 sudu besar kismis]
5 biji ceri merah ] digaulkan dengan
5 biji ceri hijau ] sedikit tepung

Cara-cara

Pukul gula dengan margerin sampai kembang. Kemudian masukkan merah telur yang telah di pukul.

Masukkan putih telur yang telah dipukul dan tepung. Kacau rata-rata.

Tuangkan selapis adunan kek tapi ke dalam acuan dan taburkan buah-buahan yang telah dicincang.

Ulang hingga habis kemudian bakar hingga masak.