Kek Buah Berkacang

Ramuan / Bahan

6 helai daun pandan
100 ml air
60 gm halwa pala (halus)
50 gm sultana
50 gm kismis
30 gm ceri merah, dihiris kasar

Bahan-bahan dihiris:
25 gm epal kering
25 gm mangga kering
25 gm nanas kering 30 gm ceri hijau, dihiris kasar
40 gm campuran kulit limau
40 gm gajus rangup
40 gm badam berkulit, dibakar
30 gm badam tanpa kulit, dibakar
150 gm tepung berserbuk penaik, diayak
100 gm gula halus
3 biji telur, dipukul sedikit

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 150'C. Lengserkan tin bakar berukuran 19 cm x 10 cm x 6 cm dengan sedikit minyak dan alas dengan sedikit minyak dan alas dengan kertas timah. Kisar daun pandan bersama air dan sejat. Masukkan air pandan ke dalam mangkuk besar. Rendam epal, mangga, nanas, pala, sultana, kismis, ceri merah, ceri hijau dan campuran kulit limau di dalam air pandan 15 minit. Kacau sekali-sekala. Asingkan sepertiga buah-buahan tadi dan campurkan bersama gajus dan kedua-dua jenis badam. Ketepikan. Kacau baki buah bersama air pandan, tepung dan gula hingga sebati. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tuang adunan ke dalam acuan dan taburkan buah-buahan bercampur badam ke atasnya. Bakar 1 1/2 jam. Apabila masak biar kek sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.