Kek Batik Natasya

Ramuan / Bahan

1 paket biskut Merry
10 biji telur
5 sudu serbuk koko
5 sudu milo
10 sudu Mentega
10 sudu susu pekat

Cara-cara

Potong biskut menjadi empat bahagian.Pukul telur hingga kembang.Panaskan mentega di atas api yang sederhana panas. Selepas mentega cair masukkan telur yang telah dipukul tadi.Kemudian kacau. Masukkan milo,serbuk koko dan susu.Kacau lagi.Akhir sekali masukkan biskut merry.Kacau sekali lagi.Angkat dan ratakan di dalam bekas serta sejukkan.Sedia untuk dihidangkan