Kek Batik Merdeka

Ramuan / Bahan

200gm mentega
1 tin susu manis (tin kecil)
200gm milo
300gm biskut Marie (patah-patahkan)
50gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan buang kulit. Kisar kasar.)

Cara-cara

Cairkan mentega dalam periuk. Apabila semua mentega telah cair, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis satu tin sambil dikacau perlahan tanpa berhenti.

Setelah mentega bercampur dengan susu masukkan milo sedikit demi sedikit. Kacau hingga semuanya sebati dan masukkan kacang. Tutup api dapur dan masukkan biskut marie.

Gaul hingga rata semua biskut bersalut coklat.Jangan masak bahan tadi lebih dari 10 minit kerana coklat akan keras. Ratakan didalam loyang dan simpan didalam peti sejuk selama 1 1/2 jam sebelum dipotong mengikut suka.