Kek Batik Mc Jue

Ramuan / Bahan

1 paket biskut marie (dipatahkan 4)
1 tin susu pekat saiz kecil
1 biji buttercup
1 cawan milo
3 sudu serbuk coklat
6 biji telur
1 cawan oat

Cara-cara

masukkan buttercup ke dalam periuk dengan saiz api sederhana. biarkan ia sehingga cair dan tutupkan api. biarkan api tertutup selama 8 minit kemudian masukkan telur ke dalam adunan tadi. kacau sehingga serasi. seterusnya campurkan susu dan biarkan adunan itu sebati kemudian hidupkan semula api secara sederhana. masukkan milo dan serbuk coklat dan terus kacau. seterusnya masukkan oat bersama. kacau biar rata dan biarkan adunan tadi masak selama beberapa minit sehingga mengeluarkan bau. terus kacau adunan tadi sehingga agak pekat kemudian masukkan biskut marie yang dipatahkan 4 tadi kedalam adunan. kacau sehingga biskut marie itu rata bersama adunan coklat dan hidangkan adunan itu. simpan adunan kedalam peti sejuk bersuhu biasa semalaman dan bolehlah menikmatinya.