Kek Batik Kulit Ular Sawa

Ramuan / Bahan

250gm Mentega
5 oz gula
5 biji telur
½ sudu kecil esen vanila
Biskut Merry ( dipatah empat )
Coklat:
5 sudu besar milo
5 sudu besar koko
½ tin susu pekat
½ cawan air panas
(bahan untuk coklat dicampur)

Cara-cara

Pukul Mentega yang telah lebut dengan gula hingga kembang.Masuk telur satu persatu, masuk esen vanilla.

Campur coklat dan kacau. Masak bahan campuran ini hingga kering (tidak cair). Dikacau selalu. Keluarkan dan tuang ke atas biskut merry.Kacau perlahan.

Biskut jangan hancur. Rata dan tekan dalam loyang. Masukkan peti sejuk semalaman.