Kek Batik Istimewa

Ramuan / Bahan

1 Pek Biskut Marie
1 Pek Milo ( Pek Kecil )
1 Keping Coklat Bar ( Cooking Chocolate )
1 Tin Susu Manis
1 Pek Buttercup

Cara-cara

1) Biskut Marie dipatahkan kepada 4 bahagian.
2) Panaskan kuali.
3) Masukkan Susu Manis.
4) Masukkan Milo, Coklat Bar dan Buttercup.
5) Kacau sehingga sebati.
6) Masukkan kepingan Biskut Marie.
7) Angkat, kemudian tuangkan ke dalam bekas.
8) Tekankan ia sehingga mampat dan rata.
9) Simpan di dalam peti sejuk.
10 ) Sedia dihidangkan.