Kek Batik Istimewa

Ramuan / Bahan

1 ketul (250 g) mentega
1 bungkus biskut marry (putih)
5 sudu besar serbuk koko
½ tin susu pekat
sedikit air (jika perlu) 1 biji telor
3 sudu besar gula
sedikit garam
vanilla
kacang tanah/oat/nestum (jika suka)

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telor dan vanilla, pukul lagi
3. Masukkan susu dan s.koko, kacau rata
4. Masak atas api perlahan. Masukkan garam dan kacau sampai pekat.(Jika terlalu pekat boleh masukkan air).
5. Masukkan biskut yg telah dipatah2kan gaul rata hingga biskut jadi lembut.
6. Angkat dan masukkan ke dalam bekas yg sesuai, tekan adunan dgn menggunakan plastik yg bersih sehingga ia betul2 padat dan rata.
7. Setelah sejuk, bolehlah potong dan hidangkan.