Kek Bantal

Ramuan / Bahan

125 gm tepung gandum
1 sudu rata bahan penaik
ΒΌ sudu rempah campur
60 gm marjerin
1-3 camca susu (mengikut pekat) 60 gm gula halus
30 gm kismis/sultana
1 oz kulit kayu limau campur
1 biji telur
1 sudu esen vanila

Cara-cara

Sediakan tin pembakar dan ketuhar: Susun tetingkat ketuhar, (yang di bawah dari tengah-tengah oven) dan panaskan ketuhar hingga 190'c. Gris tin pembakar yang kecil dan taburkan tepung. Pukul telur dengan esen vanila dan masukkan susu. Sediakan kek, ayak tepung, bahan penaik dan rempah ke dalam mangkuk adunan. Potong dan gaul ramas marjerin dengan tepung. Masukkan gula dan buah-buahan kering. Buat lubang dan tuangkan campuran telur. Kacau segera hingga pekatnya dapat jatuh bertitis. Campur sedikit lagi susu jika perlu. Tuang ke dalam tin yang telah digriskan sampai ke aras tin. Bakar selama 30-40 minit hingga cukup naik, kuning dan pejal. Sejukkan di atas redai kek. Hidangkan dalan pinggan kek