Kek Bakar Cempedak

Ramuan / Bahan

130 gm gula pasir
135 gm tepung gandum
4 biji telur
450 ml santan 1 sudu teh garam
½ sudu teh pewarna kuning
10 ulas cempedak

Cara-cara

Cempedak dibuang biji dan dikisar atau dicincang halus.Pukul telur hingga kembang.
Campur garam dan pewarna pada santan dan aduk rata.
Campur tepung berselang seli dng santan kedalam telur tadi dan gaul sebati. Akhir sekali campur isi cempedak ke dlm adunan .
Tuang ke dlm loyang yang telah disapu sedikit marjerin dan bakar pada suhu 180 darjah selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dan garing sedikit di atasnya. Biar sejuk dahulu baru boleh dipotong.