Kek Badam Berbijan

Ramuan / Bahan

1 cawan bijan
1 cawan badam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar susu tepung 7 biji telur ayam
2 cawan gula aising
500 gm mentega
2 ΒΌ cawan tepung naik sendiri

Cara-cara

Ayak tepung dengan serbuk penaik. Gaul badam dan bijan. Pukul mentega dengan gula hingga berkrim. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul hingga kembang. Masukkan tepung berselang-seli dengan badam serta bijan sambil digaul rata. Masukkan tepung susu serta esen gaul lagi. Sediakan acuan bergris dan ditaburi tepung. Tuangkan adunan dan bakar selama 40-45 minit dalam ketuhar yang panasnya 150'c.