Kek Asam Manis

Ramuan / Bahan

5 biji telur
1 tin gula
1 tin marjerin 1 tin tepung biskut (Biskut 4 segi tawar)
10 bungkus asam manis
Sedikit vanila

Cara-cara

Mentega di pukul dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu-persatu. Lepas itu masukkan vanila & tepung biskut, gaul rata. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu berwarna hijau dan satu lagi berwarna biasa. Mula-mula letakkan warna biasa 1 senduk tepung dalam acuan, kukus di atas dapur apabila agak masak angkat dan terus aturkan asam manis sebaris demi sebaris sampai penuh. Bila siap masukkan tepung warna hijau 1 senduk ke atas asam manis tadi dan kukuslah. Buatlah begitu sampai habis.