Kek Asam Jawa

Ramuan / Bahan

Bahan Untuk Kek:
6 biji telur.
3 cawan tepung gandum.
1 cawan majerin.
½ buku mentega.
2 cawan air.
3 ¼ cawan gula.
¼ cawan gula perang.
Sedikit asam jawa (bancuh dalam air).
* sukatan asam jawa menentukan masam atau tidak kek.
Atas dan hiasan:
2 cawan majerin
2 biji telur(putih sahaja)
¼ cawan gula ising
sedikit asam jawa (bancuh dengan sedikit air)

Cara-cara

Pukul majerin, mentega, gula & gula perang.

Kemudian masukkan telur dan air yang telah dibancuh bersama asam jawa. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga semua adunan rata.

Setelah rata masukkan ke dalam adunan siap untuk dimasak. Suhu disyorkan ialah 220 darjah celcius.