Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Cucur Ubi Kayu Berinti

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menumis
3 biji bawang merah, dimayang
2 sudu teh cili giling
1 sudu besar rempah kari
200 gm daging ayam, dicincang
1 pokok daun bawang, dimayang
1 pokok daun sup, dihiris
2 biji cili merah, dihiris
Garam secukup rasa Bahan-bahan kulit:
750 gm ubi kayu, direbus & dilecek
80 gm (1 cawan) tepung gandum
½ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng terendam

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan cili giling dan rempah. Kacau hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan perlahankan api. Kacau hingga masak. Masuk daun bawang, daun sup, cili merah dan garam. Kacau rata. Angkat dan sejukkan. Untuk membuat kulit cucur, gaul sebati ubi kayu bersama tepung dan garam hingga menjadi doh. Leperkan sedikit doh menjadi 8 cm x 4 cm. Letak sedikit inti di tengahnya dan lipat menjadi 4 cm x 4 cm. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Enak dimakan bersama sos cili.