Gulung Lapis Susu

Ramuan / Bahan

Bahan A:
290 gm kuning telur
35 gm gula aising
1 sudu besar (ovalette)

Bahan B:
5 gm tepung gandum
10 gm susu tepung Bahan C:
110 gm mentega
100 gm marjerin
175 gm susu pekat
1 sudu teh minyak mentega
Pewarna kuning telur

Cara-cara

Pukul bahan A hingga gebu dan masukkan bahan C. Akhir sekali masukkan bahan B serta minyak mentega. Ambil satu pertiga adunan dan campur sedikit pewarna kuning telur. Gunakan acuan persegi dan bakar selapis-selapis. Dua lapis warna asal dan satu lapis warna kuning telur. Buat hingga habis. Apabila kek masak, sapu susu dan gulung kemas.