First Sheffield Banana Chocolate Cake

Ramuan / Bahan

Bahan untuk diputar dengan mixer
2 biji telur
2 cawan gula castor
1 cawan susu segar
1 cawan minyak
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar choc chip
2-3 biji pisang (dilecek)



1 cawan air panas

Bahan untuk diayak dan dikacau tanpa mixer
1 cawan tepung naik sendiri
¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
¾ cawan sebuk koko

Bahan untuk hiasan
cooking chocolate saiz
badam

Cara-cara

Untuk kek
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
2. Masukkan susu dan putar.
3. Masukkan minyak dan putar lagi.
4. Masukkan esen vanilla, serbuk kulit kayu manis dan chocolate chip.Putar lagi sampai sebati.
5. Masukkan pisang yg dah dilecek.Putar lagi.
6. Ayak tepung naik sendiri, tepung gandum,baking powder dan serbuk koko. Kemudian masukkan ke dalam aduan sedikit demi sedikit sampai habis.Jangan guna mixer, kacau dengan senduk kayu jer.
7. Akhir sekali, masukkan air panas.
8. Bakar dengan kepananasan 150 darjah celsius selama 40-45 minit.

Untuk hiasan
1. Cairkan coklat masakan dengan double boiler.
2. Tuang atas kek yg dah disejukkan dengan rata.
3. Tabur badam di atasnya.