Dobos Torte

Ramuan / Bahan

8 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
1 cawan gula halus
1 ½ cawan tepung gandum (diayak) Bahan untuk filling:

1 ½ cawan gula halus
½ cawan air
5 biji kuning telur
¼ cawan serbuk koko
100 gm coklat masakan (dicairkan)
250 gm mentega (dipukul gebu)

Cara-cara

Sediakan enam helai kertas minyak.
Lukis garisan bulat dengan ukur sekelilingnya 23 cm di atas setiap helai kertas minyak dan ketepikan.

Pukul lapan biji kuning telur dan 1/2 cawan gula halus selama 20 minit. Jangan kurang daripada itu.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau secara kaup balik dengan senduk.Ketepikan.

Pukul lapan biji putih telur dengan 1/2 cawan gula sehingga gebu.

Masukkan putih telur ini ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada enam bahagian.

Setiap satu bahagian disapu pada bulatan yang telah dilukis atas kertas minyak. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius sehingga ia masak dan ketepikan.

Bagi cara membuat filling, masukkan gula ke dalam air suam. Kacau sehingga gula hancur, masak di atas api sehingga mendidih. Ketepikan.

Pukul lima biji kuning telur sehingga sebati. Masukkan air gula tadi dan terus pukul sehingga adunan sejuk dan gebu.

Masukkan serbuk koko dan pukul sehingga lembut.

Setelah itu masukkan coklat cair dan pukul sehingga ia sebati.

Kemudian masukkan mentega yang telah dipukul dan pukul sehingga ia gebu.

Dalam penyediaan Dobos Torte, sapukan filling di atas satu lapisan kek dan ditutup dengan lapisan kedua.Letakkan filling lagi di atas lapisan kedua dan lakukan proses sandwic ini sehingga ke lapisan keenam.

Sapukan filling ke seluruh kek dan hias mengikut selera anda.