Coconut Blossom Cake

Ramuan / Bahan

3 biji teur sejuk
10oz tepung naik sendiri atau tepung softasilk
1 sudu makan ovalette
1oz air pandan
9oz gula pasir halus
2½ sudu teh baking powder
5oz santan pekat
1 sudu teh pandan paste Inti

1oz gula
2oz air
1 helai daun pandan
3½oz gula melaka
1 sudu kecil tepung gandum
8 oz kelapa parut dibuang kulit

Cara-cara

Semua bahan-bahan di masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan kelajuan tinggi(high speed),selama 10-15 mins.Campurkan pandan paste dan gaul rata.Masukkan satu sudu adunan kedalam paper cup,kemudian isikan inti ditengah,tutup lagi dengan sedikit adunan dan kukus selama 15minit.
Inti:Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut,sehingga mendidih.Selepas itu baru campurkan kelapa parut,masaklah sampai kering.Apabila sejuk di bulat-bulatkan.