Tofu Telur Masak Halia

Ramuan / Bahan

4 tiub tofu telur (dipotong 1cm 1cm)
1 inci halia (dipotong jejari halus)
1 pinggan cendawan shitake (beli yang dah siap hiris je senang)
1 sudu makan tepung jagung/gandum (dibancuh dalam 1 gelas air)
1 sudu makan gula
(OPTIONAL- Tak bubuh pun tak apa)

2 ulas bawang putih cincang
2 ulas bawang merah cincang
2 helai daun kuchai dipotong seperti halia
1 helai daun bawang racik halus *hiasan
1 cubit garam

Cara-cara

1. Goreng (deep fry) tofu dahulu, tapi jangan sampai garing. Cukup sekadar kukuh di luarnya supaya rasa masakan akan lebih teresap. Jika garing tofu lebih kecut, keras & meretak.

2. Cendawan direndam sehingga lembut, air rendaman jangan digunakan lagi dalam masakan supaya rasa masakan seimbang. Jika tidak, rasa cendawan yang tajam & agak pahit bakal merosakkan kuahnya.

3. Tumis halia, masukkan cendawan, taburkan kiub ayam, tuangkan bancuhan tepung, masukkan gula & gaulkan sebati.

4. Masukkan tofu, biarkan kuah diresap seketika.

5. Setelah kuah kelihatan agak pekat, sedia dihidangkan.