Salad Campur Dan Roti Keras

Ramuan / Bahan

500g timun
500g tomato
500g cili benggala merah
500g cili benggala hijau
(semua bahan diatas dipotong kiub kecil) 500g daun parsli dihiris halus
8 sudu makan jus buah lemon
1 sudu makan somak
½ sudu teh garam
50ml minyak zaitun
roti lebanon

Cara-cara

1- campurkan kesemua sayur-sayuran di atas kedalam sebuah mangkuk
2- masukkan jus lemon, garam dan minyak zaitun. Kemudian semua bahan digaul rata.
3- potong roti lebanon dan goreng garing sehingga kuning keemasan.
4- setelah roti digoreng, letakkan salad campur tadi diatas roti lebanon.