Peria Tumis Bertelur

Ramuan / Bahan

1 biji peria
2 biji cili merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
3 ulas bawang merah (hiris)
sedikit ikan bilis
secubit belacan
1 biji telur garam dan sedikit perasa
minyak masak
sedikit air

Cara-cara

panaskan minyak masak,masukkan bawang putih,bawang merah,ikan bilis dan belacan sehingga naik bau.Kemudian masukkan peria bersama cili merah.Tambahkan sedikit air.Apabila peria telah masak masukkan garam,perasa dan seterusnya telur,gaulkan sehingga rata.SEDIA UNTUK DIHIDANG.