Kerabu Udang Spesial

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan :

1. Udang segar - 500grm .
2. Pucuk gajus/pegaga/silon - 1-2 genggam.
3. Belacan - sebesar ibu jari.
4. Garam - Secukup rasa.
5. Ajinamoto - Secukup rasa.
6. Cili kampung - 5 hingga 10 biji.
7. Bawang merah kecil - 1-2 biji.
8. Cuka makan - secukup rasa Proses pertama :

1. Ambil isi udang sahaja, bersihkan, hiris kecil-kecil dan rendam dengan cuka makan selama 15-20 minit. Selepas itu toskan.

2. Pucuk gajus boleh diganti dengan pucuk silon/pegaga jika tiada pucuk gajus. Dipotong/hiris kecil-kecil.

Cara-cara

Gunakan lesung batu :

1. Tumbuk cili sehingga pecah. Jangan terlalu hancur supaya senang hendak mengasingkan cili takut termakan. Cili diletakkan mengikut kepedasan yang dikehendaki.

2. Masukkan belacan dan cuka.(cuka 1-3 sudu makan) dan kacau sehingga semua bahan sebati.

3. Masukkan isi udang dan tekan dengan anak lesung sehingga semua bahan sekata.

Masukkan kedalam mangkuk:

4. Masukkan pucuk gajus/pegaga/silon serta bawang merah dan gaulkan sehingga rata.

5. Masukkan garam dan aji secukup rasa, kacau sehingga rata. Sedia untuk dihidang.