Kerabu Epal

Ramuan / Bahan

5 biji epal hijau
3 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah
100gm kelapa putih diparut

1 inci belacan
100gm udang kering
5 biji bawang merah
sedikit gula
sedikit garam

Cara-cara

Gorengkan kelapa parut tanpa minyak ke dalam kuali sehingga agak kering. Bunga kantan, bawang merah dipotong halus. Udang kering direndam dalam air hingga lembut kemudian ditumbuk halus. Tumbuk cili merah & belacan hingga halus. Epal di parut memanjang.
Campurkan semua ramuan dan gaul rata-rata.