Cucur Pisang Istimewa Misah Sayang

Ramuan / Bahan

2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan
lenyek sehingga lembik.
Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai
bicarbonate soda ), gaul rata.
Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan
semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.
Set aside.

Cara-cara

Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan.
Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul
dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan
jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil.
Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat
dan serve.