Biskut Coklat Chip

Ramuan / Bahan

400 gm mentega
1 biji putih telur
200 gm gula aising 100 gm coklat chip
600 gm tepung gandum
½ sudu teh esen vanila

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius dan siapkan dulang pembakar dengan kertas minyak.

Putar mentega dan gula aising hingga kembang. Masukkan putih telur dan putar lagi hingga kembang.

Masukkan tepung gandum dan putar hingga adunan sebati. Guna senduk kayu, masukkan coklat chips sedikit demi sedikit dan gaul mesrakan adunan.

Sejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.

Sendukkan doh ke dalam acuan berbentuk baulu dan bakar selama 15 hingga 20 minit.