Kentang Petang

Ramuan / Bahan

3 biji kentang
2 tangkai daun sup dipotong halus
2 biji bawang besar
1 sudu besar mentega
minyak untuk mengoreng
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara-cara

Kupas kulit kentang kemudian dipotong bulat dan nipis. Gorengkan kentang hingga masak. Toskan.
Tumis mentega dalam kuali dan masukan bawang besar. Apabila bawang mulai layu masukan kentang, daun sup, garam, lada sulah. Gaul rata dan hidangkan.