Acar Limau Buah Kering

Ramuan / Bahan

Bahan A :
10 biji buah limau kering (dibelah 2)
300 gm buah belimbing kering
300 gm buah mangga kering
200 gm lobak masin (dipotong dadu ½in)
(Kesemua bahan A diatas direndam 1jam)
300 gm buah kurma
300 gm kismis kuning
300 gm halwa kundur
1 cawan gula pasir 30 biji cili kering (dibuang biji dan goreng tanpa minyak kemudian dikisar kering)
5 butir bawang besar(dikisar)
1 cawan cuka

Bahan B :
300 gm bawang merah
200 gm bawang putih
300 gm halia muda (dimayang)
½ cawan bijan(digoreng tanpa minyak)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia bersama 3 cawan minyak.
Masukkan cili dan bawang besar yang dikisar. Masukkan 2 cawan air dan cuka. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan bahan A dan masaklah sehingga pekat.Akhir sekali masukkan bahan B. Renihkan diatas api kecil.