Urap Tomato

Ramuan / Bahan

3 biji tomato (potong dua dan hiris)
3 biji cili hijau (dihiris halus)
1 ulas bawang besar (dihiris halus) 2 camca besar udang kering (dikisar)
2 biji limau nipis
Gula

Cara-cara

Bersih dan hiriskan terlebih dahulu buah tomato, cili hijau dan bawang besar.

Setelah itu gaulkan tomato, cili hijau, bawang besar dan udang kering di dalam mangkuk hidangan.

Perasakan dengan gula dan perahan limau nipis.

Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam dan sedia untuk dihidang.