Tumis pucuk ubi

Ramuan / Bahan

Seikat pucuk ubi muda(diramas halus)
1 biji bawang merah (ditumbuk/dihiris)
1 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris)
1 sm halia (ditumbuk/dihiris) 1 batang serai ditubuk
sedikit gula
perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan pucuk ubi, perasakan dengan serbuk perasa dan sedikit gula. Tumis hingga masak.