Tumis Pucuk Manis

Ramuan / Bahan

2 ikat pucuk manis
3 biji keledek, dipotong kecil-kecil
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih 50 sen udang kering
2 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara-cara

Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat. Panaskan minyak dan tumis bawang yang ditumbuk tadi. Masukkan air. Masukkan keledek, udang kering dan masak hingga empuk. Kemudian masukkan pucuk manis dan garam. Kacau rata hingga cukup masak baru diangkat.