Tumis Pedas Batang Keladi

Ramuan / Bahan

satu ikat batang keladi
20 biji cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
secubit belacan
sedikit ikan bilis
sedikit air asam jawa yang pekat
minyak untuk menumis
secunit garam dan gula

Cara-cara

bersihkan batang keladi, basuh, keringkan dan dipotong setengah inci.
hiris cili dan bawang.
panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dihiris bersama belacan, ikan bilis dan sedikit garam.
masukkan batang keladi dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumis. kacau berulang-ulang sehingga batang keladi layu dan masak.
kemudian masukkan sedikit air asam jawa yang pekat dan rasa masam masin dan manisnya.
rasanya mesti seimbang pedas, masam dan masin dan kemudian boleh diangkat.