Tomato Sumbat Ketam

Ramuan / Bahan

½ peket isi ketam (direbus)
8 biji tomato
½ ikat asparagus (direbus dan dicincang)
2 biji telur rebus (dicincang)
½ cawan kacang pis 1 sudu besar minyak jagung
½ sudu kecil garam
½ sudu lada sulah
¼ cawan mayonis
½ sudu teh jus lemon

Cara-cara

Campurkan isi ketam, asparagus, kacang pis, garam, lada sulah, mayonis dan jus lemon. Gaul hingga sebati.

Potong tomato di bahagian atas dan keluarkan isinya.

Kemudian sumbatkan campuran isi ketam ke dalam tomato.

Hias dengan daun salad dan parsli.