Terung sumbat

Ramuan / Bahan

5 biji terung (dibelah dua, jangan putus dihujungnya)
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm lengkuas
Kunyit hidup
ketumbar
cili kering 3 biji
kelapa 1 biji (diambil santannya)
garam,gula secukup rasa

Cara-cara

Bawang merah, bawang putih, lengkuas, ketumbar, kunyit dan cili kering ditumbuk halus atau dimesin. Tapi seeloknya ditumbuk. Masukkan dalam terung yang telah dibelah dua, satu demi satu. Letakkan dalam periuk dan masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan angkat.