Terung Sambal Mangga

Ramuan / Bahan

4 biji terung
i biji mangga sedang-sedang masak untuk sambal belacan
belacan
limau
gula
cili api
bawang besar

Cara-cara

bakar terung sehingga isi terung lembut
( kulit terung akan hangus),kemudian cuci terung dengan air paip sinki yg mengalir buang kulit yg hangus tadi.
alihkan dan letakkan di pinggan.
sementara itu buat sambal belacan.
kupas mangga,hiris mangga kecil-kecil dan nipis.
campur adukkan terung,mangga dan sambal belacan tadi dan hidang.